Tuesday, August 25, 2009

semua nya untuk kau ~

Kau ajarkan aku sesuatu
Namanya kasih…
Kau ajarkan aku sesuatu
Namanya sayang…
Kau ajarkan aku sesuatu
Namanya cinta…

Aku tersenyum
aku riang
aku bahagia…

Lantas kau hadiahkan aku rindu
Hadiahkan aku hilang
Hadiahkan aku sepi
Dan hadiahkan aku buntu…

Satu pagi, aku bangkit
Sujud pada yang Esa
Memohon sesuatu
Kau untukku atau kebahagian untukmu
Aku gagahkan hatiku, cekalkan jiwaku
Bersedia untuk menerima segala kebarangkalian
Menjadikan diriku tidak takut lagi
Untuk hidup sendiri dan tak punya sapa-sapa pun
Seumur hidupku…

Dan satu ketika akhirnya
kau tunjukkan aku sesuatu
Yang namanya tamat…
Kau tunjukkan aku sesuatu
Yang namanya pisah…
Kau tunjukkan aku sesuatu
Yang namanya pergi…
Dan kau tunjukkan aku sesuatu
Yang namanya kalah…

Aku kalah…
Kalah pada lelaki baru itu
Kukagumi dia…
Yang mampu membuat kau tergugat…
Alhamdulillah, Allah mengkabulkan doaku
Maka takdir memilih untuk kau bahagia
Bukan salah sapa-sapa
Kerana kau hanya mengikut
Naluri perempuanmu…

Terima kasih atas hadiahmu
berapa lamanya telah kunantikan
Hadiahmu membuatkan aku puas
Aku menangis penuh lega
Hadiahmu itu telah membawa aku pergi
Pergi dari pusara buntu
Pergi dari pusara rindu
Kini aku tidak perlu lagi
Menjadi hati yang setia
Legalah rasanya….
Kini kutahu
Apapun yang terjadi
Bukan salah sapa-sapa
Kita tidak akan pernah bermusuhan
Kerana ini suratan takdirnya…

Semua bahagia yang aku impikan
akanku hadiahkan dalam doaku
untukmu dan dia
Terima kasih kerana menjadi yang terakhir…
Aku sayang kamu,
maka aku mau lihat kamu bahagia…
Untuk Selamanya…

22th july 2009~

No comments:

Post a Comment