Tuesday, August 25, 2009

bila ada yang baru, yang lama ditinggalkan

celaka!
kau kawan tak guna,
dan juga lelaki tak guna,

berapa lama kita bersahabat baik,
kau tinggalkan aku sendirian,
mungkin kerana perempuan itu,
perempuan yang baru kau kenal,

iya, perempuan itu bagus,
iya, perempuan itu popular,
iya, perempuan itu moden,
iya, perempuan itulah segalanya,
dan aku sebaliknya,

handphone kau berdering,
tetapi kau tidak menjawabnya,
kerana aku yang menelefon kan?
biar 10 kali pun ia berdering,
kau bukan saja tidak menjawab,
malah menekan punat merah,
mesej pun begitu,
tiada balasan daripada kau,

setiap malam aku berfikir,
apa salah aku?
apa silap aku?
apa?!

sudah seminggu hal ini berlaku,
aku tidak mengharapkan kau lagi,
lantak kau! suka hati kau!
kawan baru kau jauh lebih hebat,
aku hanya budak bodoh,
sahabat yang bodoh.

No comments:

Post a Comment