Friday, October 8, 2010

Bicara sama mama



malam itu kami berbicara ,
di pangkuannya ,
cuba aku lelapkan mata .

mama bercerita ,
tentang semalam ,
tentang kelmarin ,
tentang masa yg sudah aku lupa .

ada jernih kaca di mata mama ,
gugur sebagai mutiara di birai mata .
aku diam ,
aku gamam .

mama masih mahu berbicara ,
cerita tentang sengsara ,
cerita tentang duka ,
cerita tentang dibuang saudara .

Ya !!
aku terlalu kecil untuk mamahami ,
tapi aku punya ingatan untuk mengingati ,
malam mama mendodoi kami ,
malam mama dgn tangisan sepi ,

ayah jauh dibelantara sana ,
pulang sekali sepurnama ,
manghamba diri pada petiwi ,
manggadai jiwa demi kami .

mama masih bercerita ,
bersama takungan jernih di kelopak mata ,
sakit agaknya ,
terlalu lama tersimpan dalam jiwa ,

“ mama , Aku mahu ikan itu ”
“ tak boleh sayang , mama belikan bila ayahmu pulang ”
“ aku mahu nasi bersama ikan ”
“ jgn sayang , ikan itu ayahmu”

Aku si kecil tolol yg masih menangis ,
mama memeluk ,
mama menyanyi ,
aku masih ingat tangisan itu .

“ mama , kemana makcik ? pakcik ? mana semua ? ”
“ keluar ”
mama tersenyum

“ kenapa tinggalkan kita ”
bodoh aku kerna tak mengerti

“ kita susah sayang . tak punya uwang ”
ku lihat mama menangis lagi ,
aku masih ingat tangisan itu .

Mama ,
aku makin dewasa ,
maafkan aku kerna dulu tak dapat merasa ,
maafkan aku membiarkan kau sengsara ,
maafkan aku tak memahami erti derita ,
maafkan aku atas setiap titis air mata .


maafkan aku mama

2 comments:

  1. memang , hargai ibu itu amat penting . tapi itu bukan yang aku cuba smpaikan fiqah

    ReplyDelete