Wednesday, September 29, 2010

Perasan Cantik

beri aku istilah cantik itu
dari segi frasa
dari segi struktur
dari segi gambaran

mampukan ia d definasikan ? oh sungguh berbeza .

tiada jawapan tepat .
tiada .
cantik sugguh subjektif .

tapi perasaan ini yang aku bergantung
untuk terus hidup
aku tak nak buruk
buruk itu hina

jangan salah persepsi .

aku mahu cantik itu
muncul dari dalam hati
akan di sebarkan sifat cantik ke seluruh badan & jiwa
supaya kelakuan lebih terjaga
lahir perwatakan yang kenal erti berpijak di bumi yang nyata

cantik di sebarkan pada akal
supaya ia nya sentiasa terdetik rasa syukur
yang tak pernah lekang , tak pernah larut
oleh keghairahan diri yang sentiasa mencelarukan .

cantik bunuh amarah
cantik bunuh dengki
cantik bunuh fikiran kotor
cantik datang membunuh kala mula terdetiknya sifat jahat
cantik jua selamatkan kita dari tempat yang selalu pecah belahkan pegangan diri kita

sungguh hebat cantik ini
aku mahu ada cantik ini
aku perasan kan ?

aku pasti kamu jua mahu cantik itu
oleh itu mari kita perasan cantik bersama-sama

No comments:

Post a Comment