Thursday, September 10, 2009
stress
Saturday, August 29, 2009
-.-
Thursday, August 27, 2009
kononnya sampai mati
malam itu aku cuba menelefon lagi ,
punat hijau ditekan , “hello” kedengaran suara , malangnya suara perempuan . aku meminta untuk berbicara dengan kawan lelakiku itu , dengan suara yang sedikit keras , dia tidak membenarkan aku berbicara , aku memujuk, namun tak berhasil , dia juga berkata, “dia dah taknak cakap dengan awak" aku bertanya, “siapa ni?” dia menjawab, “awek dia” “okay, terima kasih” aku membalas perlahan . hey, aku ingin bertanya! inikah persahabatan ? kononnya kawan sampai mati , kau banyak berjanji , janji itu dan ini , tetapi berakhir begini , BODOH! kau punya teman istimewa , kau fikir kau sudah hebat ? meninggalkan aku di belakang , padahal aku yang sering dihubungi . kau ada masalah , siapa yang membantu kau? kau sunyi , siapa yang menemani kau?
siapa ?! . kau mahu tahu hatiku menjerit apa?
“FUCK KAU!”
aku menyesal berkawan dengan kau,
lebih baik tidak punya kawan,
sekiranya punya kawan macam kau!
Tuesday, August 25, 2009
dasar manusia !
aku pelik
kenapa kau masih lagi cinta?
sedangkan kau tahu kau takkan dapat punya
aku hairan
kenapa kau masih lagi suka
sedangkan kau tahu dia tak suka
sebab kau rasa ini cinta?
dasar manusia!
sedarlah kau
cinta kita hanya didunia
seharusnya kau mencari cinta-Nya
bila ada yang baru, yang lama ditinggalkan
kau kawan tak guna,
dan juga lelaki tak guna,
berapa lama kita bersahabat baik,
kau tinggalkan aku sendirian,
mungkin kerana perempuan itu,
perempuan yang baru kau kenal,
iya, perempuan itu bagus,
iya, perempuan itu popular,
iya, perempuan itu moden,
iya, perempuan itulah segalanya,
dan aku sebaliknya,
handphone kau berdering,
tetapi kau tidak menjawabnya,
kerana aku yang menelefon kan?
biar 10 kali pun ia berdering,
kau bukan saja tidak menjawab,
malah menekan punat merah,
mesej pun begitu,
tiada balasan daripada kau,
setiap malam aku berfikir,
apa salah aku?
apa silap aku?
apa?!
sudah seminggu hal ini berlaku,
aku tidak mengharapkan kau lagi,
lantak kau! suka hati kau!
kawan baru kau jauh lebih hebat,
aku hanya budak bodoh,
sahabat yang bodoh.
semua nya untuk kau ~
Kau ajarkan aku sesuatu
Namanya kasih…
Kau ajarkan aku sesuatu
Namanya sayang…
Kau ajarkan aku sesuatu
Namanya cinta…
Aku tersenyum
aku riang
aku bahagia…
Lantas kau hadiahkan aku rindu
Hadiahkan aku hilang
Hadiahkan aku sepi
Dan hadiahkan aku buntu…
Satu pagi, aku bangkit
Sujud pada yang Esa
Memohon sesuatu
Kau untukku atau kebahagian untukmu
Aku gagahkan hatiku, cekalkan jiwaku
Bersedia untuk menerima segala kebarangkalian
Menjadikan diriku tidak takut lagi
Untuk hidup sendiri dan tak punya sapa-sapa pun
Seumur hidupku…
Dan satu ketika akhirnya
kau tunjukkan aku sesuatu
Yang namanya tamat…
Kau tunjukkan aku sesuatu
Yang namanya pisah…
Kau tunjukkan aku sesuatu
Yang namanya pergi…
Dan kau tunjukkan aku sesuatu
Yang namanya kalah…
Aku kalah…
Kalah pada lelaki baru itu
Kukagumi dia…
Yang mampu membuat kau tergugat…
Alhamdulillah, Allah mengkabulkan doaku
Maka takdir memilih untuk kau bahagia
Bukan salah sapa-sapa
Kerana kau hanya mengikut
Naluri perempuanmu…
Terima kasih atas hadiahmu
berapa lamanya telah kunantikan
Hadiahmu membuatkan aku puas
Aku menangis penuh lega
Hadiahmu itu telah membawa aku pergi
Pergi dari pusara buntu
Pergi dari pusara rindu
Kini aku tidak perlu lagi
Menjadi hati yang setia
Legalah rasanya….
Kini kutahu
Apapun yang terjadi
Bukan salah sapa-sapa
Kita tidak akan pernah bermusuhan
Kerana ini suratan takdirnya…
Semua bahagia yang aku impikan
akanku hadiahkan dalam doaku
untukmu dan dia
Terima kasih kerana menjadi yang terakhir…
Aku sayang kamu,
maka aku mau lihat kamu bahagia…
Untuk Selamanya…22th july 2009~
